Monday, July 30, 2007

Kursus Pengurusan Keselamatan Rangkaian Schoolnet (MSS SCHOOLNET)

Kursus Sehari MSS Schoolnet untuk Penyelaras ICT sekolah diadakan pada 30.7.2007 di SK Seberang Marang. Selamat berkursus...

Sunday, July 29, 2007

Majlis Solat Hajat Sempena UPSR 2007

Sekolah ini akan mengadakan majlis solat hajat sempena UPSR 2007 pada 26.7.2007 ini bermula solat Maghrib. Semua ibu bapa calon-calon UPSR dijemput menjayakan majlis ini.

Tuesday, July 17, 2007

Kem Cakna Cemerlang UPSR 2007 - Gerak Gempur Fasa II

SK Pulau Kerengga akan mengadakan kem tersebut pada setiap hujung minggu bermula pada 20.7.2007 ini. Kem ini diadakan bagi memastikan calon-calon UPSR sekolah ini berada di tahap persediaan yang tinggi bagi menghadapai UPSR. Semoga segala usaha akan membuahkan hasil yang dihajati.

Kem Perkasa Elit UPSR Negeri Terengganu

SK Pulau Kerengga akan menghantar 6 orang calon UPSR ke Kem Perkasa Elit UPSR negeri Terengganu yang akan diadakan pada 18.7.2007 - 21.7.2007 di Anggulia Beach Resort, Marang. Semoga semua calon tersebut beroleh 5A dalam UPSR, insyaallah.

Wednesday, July 11, 2007

Kem Kecemerlangan Elit UPSR 2007

Kem Kecemerlangan Elit bagi calon-calon UPSR 2007 SK Pulau Kerengga akan diadakan pada 14.7.2007 ini di Klinik Kesihatan Merchang. Kem ini bertujuan mempertingkatkan lagi tahap persediaan calon-calon UPSR bagi menghadapi UPSR tidak lama lagi.

Sunday, July 8, 2007