Monday, July 30, 2007

Kursus Pengurusan Keselamatan Rangkaian Schoolnet (MSS SCHOOLNET)

Kursus Sehari MSS Schoolnet untuk Penyelaras ICT sekolah diadakan pada 30.7.2007 di SK Seberang Marang. Selamat berkursus...

Sunday, July 29, 2007

Majlis Solat Hajat Sempena UPSR 2007

Sekolah ini akan mengadakan majlis solat hajat sempena UPSR 2007 pada 26.7.2007 ini bermula solat Maghrib. Semua ibu bapa calon-calon UPSR dijemput menjayakan majlis ini.

Tuesday, July 17, 2007

Kem Cakna Cemerlang UPSR 2007 - Gerak Gempur Fasa II

SK Pulau Kerengga akan mengadakan kem tersebut pada setiap hujung minggu bermula pada 20.7.2007 ini. Kem ini diadakan bagi memastikan calon-calon UPSR sekolah ini berada di tahap persediaan yang tinggi bagi menghadapai UPSR. Semoga segala usaha akan membuahkan hasil yang dihajati.

Kem Perkasa Elit UPSR Negeri Terengganu

SK Pulau Kerengga akan menghantar 6 orang calon UPSR ke Kem Perkasa Elit UPSR negeri Terengganu yang akan diadakan pada 18.7.2007 - 21.7.2007 di Anggulia Beach Resort, Marang. Semoga semua calon tersebut beroleh 5A dalam UPSR, insyaallah.

Wednesday, July 11, 2007

Kem Kecemerlangan Elit UPSR 2007

Kem Kecemerlangan Elit bagi calon-calon UPSR 2007 SK Pulau Kerengga akan diadakan pada 14.7.2007 ini di Klinik Kesihatan Merchang. Kem ini bertujuan mempertingkatkan lagi tahap persediaan calon-calon UPSR bagi menghadapi UPSR tidak lama lagi.

Sunday, July 8, 2007

Saturday, June 30, 2007

gemilang

tahniah kerana sk pula krengga suda punya blog yang tersendiri..... tahniah untuk pengendali blog ini.

Thursday, June 28, 2007

Gotong Royong Perdana

Gotong royong perdana akan diadakan di SK Pulau Kerengga pada 30.6.2007 ini, selaras dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, semua warga SK Pulau Kerengga serta penduduk sekitar dijemput hadir. Pihak sekolah juga merancang untuk mengadakan aktiviti ko kurikulum pada hari tersebut setelah selesai gotong royong. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah pertandingan memasak antara unit-unit beruniform.

Majlis Tahlil untuk Allahyarham Cikgu Mohd Ali bin Mohd Mahyuddin

Majlis Tahlil untuk Allahyarham Cikgu Mohd Ali bin Mohd Mahyuddin, Bekas guru besar SK Batangan dan suami kepada Cikgu Rohani bt Ahmad Shah, PK1 SK Pulau Kerengga, akan diadakan di Masjid Pulau Kerengga pada 28.6.2007 bermula waktu Maghrib. Majlis ini adalah anjuran Majlis Guru Besar daerah Marang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Thursday, June 21, 2007

PENYELARAS ICT SK PULAU KERENGGA


Mulkiaman bin Sulaiman

Salam Sejahtera...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Sahabat-sahabat dipersilakan menyumbangkan kata-kata serta pandangan sahabat-sahabat dalam blog ini.... Pendapat dan pandangan sekitar era pendidikan dan isu-isu semasa adalah dialu-alukan...